Lelaki ugut Menteri Pendidikan ditahan

Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di media sosial. - Gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki membuat ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di media sosial. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki disyaki membuat ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di media sosial di Setapak di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, setakat ini terdapat empat laporan polis berhubung isu terbabit.

Mohd Shuhaily
Mohd Shuhaily

"Pengendali akaun X berusia 28 tahun itu kini direman tiga hari untuk siasatan lanjut berhubung hantarannya yang mengandungi kenyataan berbaur ugutan jenayah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihat orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Ujarnya, pihak polis turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan keselamatan dan kegentaran awam ketika menggunakan media sosial.

Artikel Berkaitan: