Zahirah Macwilson disamakan dengan selebriti antarabangsa
PELAKON, Zahirah Macwilcon memberitahu akhirnya dia berjaya keluar dari zon drama apabila mendapat tawaran berlakon filem.
Menurut anak kepada pelakon terkenal Zainol Macwilson, dia bakal muncul menerusi filem aksi komedi arahan pengarah Ghaz Abu Bakar tahun hadapan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Saya tahu ia akan jadi pertikaian: Zahirah]
"Hari pertama, babak pertama, filem aksi pertama. Terima kasih kerana percayakan saya untuk memainkan peranan watak yang saya impikan. Perkenalkan, Bulan.
"InsyaALLAH harap segalanya berjalan dengan lancar. Tak sabar nak buat babak berlawan! Saya harap anda semua akan terhibur dengan kemunculan aksi komedi itu nanti!," coretnya di Instagram, semalam.Menariknya di ruang komen, selain dibanjiri dengan ucapan tahniah ada juga warganet turut menyamakannya seperti pelakon antarabangsa, iaitu Angelina Jolie menerusi filem Lara Croft: Tomb Raider.
Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
Pek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
Nora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
Wanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
Mayat dalam beg pakaian: Dibunuh kejam gara-gara bayaran RM62
Lapan cedera, wanita tersepit dalam nahas tiga kenderaan
Jangan undi PH, undi calon BN - Tuan Ibrahim
