PRK Jepak: Proses pengundian berjalan lancar

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh meninjau pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di Sekolah Kebangsaan Bintulu pada Sabtu. - Foto Bernama
Peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Jepak mencatatkan 29 peratus setakat 11 pagi ini.
-- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh meninjau pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di Sekolah Kebangsaan Bintulu pada Sabtu. - Foto Bernama Peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Jepak mencatatkan 29 peratus setakat 11 pagi ini. -- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

BINTULU - Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat tengah hari ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

"Semua pengundi juga telah menjalankan proses pengundian dengan baik dan tiada gangguan oleh mana-mana pihak, keadaan tenang dan aman," katanya selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu Abdul Ghani menyeru pengundi agar keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

"Saya menyeru semua pengundi agar dapat keluar mengundi supaya kita mampu mencapai sasaran 65 peratus keluar mengundi bagi PRK ini. Sasaran ini tidak mustahil kerana kita lihat cuaca juga baik," katanya.

Setakat 2 petang, peratusan keluar mengundi merekodkan sebanyak 41 peratus.

PRK DUN Jepak menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing. - Bernama

Artikel Berkaitan: