[VIDEO] Pengantin bersanding atas rakit

Tular video pasangan pengantin bersanding menaiki rakit di Sungai Perak, Kampung Jawang, Kuala Kangsar, Perak.
Tular video pasangan pengantin bersanding menaiki rakit di Sungai Perak, Kampung Jawang, Kuala Kangsar, Perak.
A
A
A

KUALA KANGSAR - "Orang perok kome oiii, ajernye handei pon, idok mikior teman roper itu sandingnye. Tahniah yer yoep n yong. Selamat pengantin baru." demikian kata-kata netizen setelah teruja melihat pasangan pengantin bersanding di atas rakit di Sungai Perak, Kampung Jawang, Kuala Kangsar, Perak.

Persandingan unik itu dirakam oleh salah seorang rombongan pengantin dan menarik perhatian netizen terutama orang Perak.

Mereka juga diarak dengan kumpulan kompang dan ahli keluarga dilihat menaiki bot.

Tiga orang kelihatan mengemudi rakit dan semuanya dilihat memakai jaket keselamatan.

Video 1 minit itu dimuat naik di Facebook Misteri Dilaila pada Ahad lalu yang sehingga kini meraih lebih 94,00 tontonan dari netizen.

Dalam kegembiraan dan keterujaan, netizen juga bimbang keselamatan pengantin dan ahli rombongan kerana kelihatan air sungai deras ketika itu.

Lanumai Rusafnan berseloroh, "Jangan jatuh dalam sungai udoh ler kome, lenjun nanti pengantin hehehehe."

Selain itu, ada juga netizen menyifatkan perkahwinan mereka paling 'rare' dan perkahwinan ambang 2020 paling unik serta luar biasa.

Artikel Berkaitan:

Ghafar Md Noor, "Terbaik la, kelainan dari yang lain."

Kata Azmi Othman, "Perkahwinan ambang 2020 unik dan luar biasa. Syabas!."

"Ajerr, memang hebat pon, Perak ajer yang ada," kata Muhd Saad Shaari.

Shaharin Sb juga mengucapkan tahniah kepada semua terlibat kerana ia penyumbang warisan nenek moyang.

Sementara itu, Shaliara Azwa Alliep berkata, "Udohh selesai majlis harap pengantin idok le lupe deme yang nolak rakit tu yek, jenuh berkubang dalam ayo dereh tu, ish riso dikokok buaya je kome oi."

Tambah, Sis Neliy Ghazali, "Selamat Pengantin Baru semoga kekal bahagia hingga ke jannah. Amin insya-ALLAH. Tahniah abang yang kawal rakit, anda terbaik."

Bersanding atas rakit

Hamboiiiiiii, meriah ek bersanding atas rakit... Lokasi: Sungai Perak, Kampung Jawang Kuala Kangsar, Perak

Posted by Misteri Dilaila on Sunday, December 22, 2019