Polis sahkan terima laporan kecurian cip bernilai RM4.6 juta

Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kes kecurian cip bernilai RM4.6 juta di bilik kasino Genting Highlands.- Gambar hiasan (Gambar kecil: Zaiham Mohd Kahar)
Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kes kecurian cip bernilai RM4.6 juta di bilik kasino Genting Highlands.- Gambar hiasan (Gambar kecil: Zaiham Mohd Kahar)
A
A
A

BENTONG - Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kes kecurian cip bernilai RM4.6 juta di bilik kasino Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, laporan tersebut dibuat oleh pihak pengurusan keselamatan kasino Genting Highlands, jam 6 30 petang, pada 28 Oktober lalu.

"Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Bentong masih meneruskan siasatan dan mengesan suspek terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Artikel Berkaitan: