NAZA Motor utamakan kepuasan pelanggan

Muhamad Aizzuddin Jaafar. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDULWAHID
Muhamad Aizzuddin Jaafar. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDULWAHID
A
A
A

PETALING JAYA - Bermula sebagai penjual kereta mewah import terpakai di sebuah rumah kedai kecil di Kuala Lumpur hampir 50 tahun lalu, NAZA Motor Trading Sdn Bhd (Naza Motor) masih mengutamakan kepuasan pelanggannya meskipun industri automotif negara kini sedang beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik (EV).

Pengimport kereta mewah terpakai tersebut kekal unggul dengan perniagaan warisan Kumpulan Automotif NAZA kerana masih mendapat permintaan tinggi daripada pelanggannya.

Mengulas mengenai trend pasaran EV sejak kebelakangan ini, Ketua Pegawai Operasinya, Muhamad Aizzuddin Jaafar berkata, hala tuju serta strategi syarikatnya hanya mengimport kereta mewah terpakai, namun Naza Motor juga memantau perkembangan trend EV serta teknologi yang dibawa.

Muhamad Aizzuddin Jaafar. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDULWAHID
Muhamad Aizzuddin Jaafar. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDULWAHID

Menurutnya, anak syarikat di bawah Kumpulan Automotif NAZA itu masih mengamalkan sikap tunggu dan lihat kerana pasaran EV masih terlalu baru di negara ini.

“Kita tidak mahu ikut 'trend’ dan akhirnya bila pelanggan menghadapi masalah contoh kereta rosak, syarikat sendiri tidak boleh membantu kerana alat ganti, bengkel membaikinya masih terhad,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Jelasnya, kemudahan dimaksudkan termasuklah rangkaian stesen pengecas EV yang masih kurang dan belum cukup untuk menampung pengguna EV secara besar-besaran.

“Inilah kekangan pemilik EV kerana mereka mampu memilikinya, namun selepas itu bimbang hendak menggunakannya sebagai contoh berapa lama bateri boleh bertahan dan di mana hendak cas kerana stesen tak banyak.

Artikel Berkaitan:

Muhamad Aizzuddin Jaafar ketika ditemu bual wartawan Sinar Harian. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDULWAHID
Muhamad Aizzuddin Jaafar ketika ditemu bual wartawan Sinar Harian. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDULWAHID

“Kekurangan stesen pengecas juga menyumbang kepada masa menunggu giliran yang lama di stesen pengecas, malah proses mengecas pula mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit,” katanya.

Anak kelahiran Johor itu mengakui memang terdapat permintaan terhadap EV, namun syarikat itu peringkat Kumpulan tidak mahu tergesa-gesa membawa masuk atau mempromosikannya kepada pelanggan.

Import dari United Kingdom dan Jepun

Beliau berkata, Naza Motor buat masa ini dibenarkan mengimport kereta mewah terpakai pelbagai jenama yang diperoleh dari United Kingdom (UK) dan Jepun.

“Pelanggan kami merangkumi pasaran yang agak luas. Kami boleh carikan model kereta terpakai dari UK dan Jepun agar pelanggan berpuas hati.

“Naza Motor sentiasa mahu memastikan pengalaman pelanggannya ketika berurusan dan pada tahap terbaik.

“Kita mahu mereka rasa pengalaman macam beli kereta baru itu yang menjadi keutamaan kami sejak perniagaan ini bermula empat dekad lalu,” katanya.

Muhamad Aizzuddin bersama sebuah kereta mewah terpakai yang sudah ditempah pelanggan. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDULWAHID
Muhamad Aizzuddin bersama sebuah kereta mewah terpakai yang sudah ditempah pelanggan. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDULWAHID

Muhamad Aizzuddin berkata, syarikat itu turut memperkenalkan program ‘pre-order’ bagi membolehkan pelanggan membuat tempahan kenderaan diingini.

“Sebagai contoh jika mereka ingin cari kereta mewah dengan aksesori dalaman warna merah manakala luar warna hitam, kita akan cari dan pastikan impian itu tercapai,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, Naza Motor kekal sebagai jenama yang diyakini di mana ketika pandemik Covid-19 dan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), syarikat itu memastikan urus niaga jual beli diteruskan dan setiap urusan dilakukan secara panggilan video.

“Memang sekarang semua perniagaan dalam talian, tapi kami masih menggunakan cara konvensional bagi memastikan hasrat dan kemahuan pelanggan tercapai,” katanya.

Muhamad Aizzuddin Jaafar. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDULWAHID
Muhamad Aizzuddin Jaafar. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDULWAHID

Tambahnya lagi, bagi memberikan kemudahan kepada pelanggan pihaknya merancang untuk membuka cawangan NAZA Motor Trading di Johor Bahru atau Pulau Pinang.

“Pelanggan kami datang dari seluruh negara dan dengan adanya cawangan ini nanti ia akan memudahkan urusan mereka membuat pembelian kereta," katanya.