'Semuanya akan baik-baik saja' - Neymar

Neymar berharap proses pemulihan selepas pembedahan berjalan dengan baik.
Neymar berharap proses pemulihan selepas pembedahan berjalan dengan baik.
A
A
A

PENYERANG Brazil, Neymar selesai menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan meniscus di lutut kirinya ketika skuad Samba tewas 0-2 kepada Uruguay pada aksi Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan.

Pemain berusia 31 tahun itu terpaksa dikeluarkan selepas berlaga dengan pemain Uruguay, Nicolas de la Cruz pada minit ke-44 dua minggu lalu sebelum imbasan MRI mengesahkan tahap kecederaannya.

Bintang kelab Al-Hilal itu dirawat kakitangan perubatan pasukan kebangsaan Brazil di sebuah hospital di Belo Horizonte.

Media tempatan melaporkan dia akan dibenarkan keluar pada Sabtu untuk memulakan pemulihannya, yang dijangka berlangsung sehingga pertengahan 2024.

Neymar menyiarkan gambarnya di media sosial bersama dua anaknya dan kapsyen: “Semuanya akan baik-baik saja.”

Sebagai rekod, Neymar menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al Hilal dengan kontrak dua tahun bernilai RM1.8 bilion pada Ogos lalu.

Sebagai rekod, Al Hilal merupakan musuh utama Al-Nassr iaitu kelab bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Artikel Berkaitan: