Pengilang diingat henti main harga padi

Mahfuz (kiri) bersalaman dengan perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Pasir Mas pada Jumaat.
Mahfuz (kiri) bersalaman dengan perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Pasir Mas pada Jumaat.
A
A
A

PASIR MAS - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengingatkan pengilang-pengilang menghentikan 'permainan' harga dalam pembelian padi bagi mengelak kenaikan harga beras yang tidak terkawal di pasaran.

Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu timbul berikutan kilang-kilang berlumba membeli padi dengan menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

“Kilang-kilang membeli padi dengan menawarkan harga yang tinggi sehingga mereka lupa bahawa harga beras tidak dinaikkan, namun petani faham isu dan mereka tidak menyalahkan kerajaan.

“Ini permainan mereka yang ‘menunggang’ petani untuk menghentam kerajaan.

"Jadi, hentikan perkara seperti ini bagi menggelak kenaikan harga beras,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Pasir Mas di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Tendong di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, kerajaan melihat kepada semua aspek termasuk kepentingan para petani dan pengguna sebelum menetapkan harga sesuatu bekalan makanan termasuk beras.

Katanya, walaupun harga beras dijangka naik, pihaknya akan mempertahankan harga pada kadar yang munasabah.

“Kalau kerajaan membenarkan (harga beli padi) sampai RM1,800 per tan metrik bayangkan berapa harga beras yang akan meningkat.

Artikel Berkaitan:

“Mereka yang berada Kuala Lumpur, Johor Bahru, yang tak kerjakan bendang, bekerja kilang, kakitangan kerajaan dan gaji tak seberapa, akan terpaksa menanggung harga beras yang tinggi,” katanya.