YES tawar pelan iPhone serendah RM21 sebulan

YES tawar produk terbaru Apple kepada pelanggan termasuk pelan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus bermula harga serendah RM21 sebulan.
YES tawar produk terbaru Apple kepada pelanggan termasuk pelan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus bermula harga serendah RM21 sebulan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - YTL Communications Sdn Bhd (YES) menawarkan produk terbaru Apple kepada pelanggan termasuk pelan iPhone 15 dan iPhone 15 Plus bermula harga serendah RM21 sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wing K Lee berkata, selain ansuran bulanan yang rendah, pelanggan juga tidak dikenakan sebarang bayaran pendahuluan untuk pelan berkenaan serta dapat menikmati kelajuan YES 5G tanpa had.

"Sebelum ini, kami mendapat faedah hasil kerjasama dengan beberapa peranti terkemuka seperti Samsung, Vivo, Oppo, ZTE dan Honor tetapi ada satu jenama yang masih belum kami capai.

"Hari ini menandakan titik perubahan untuk YES 5G.

"Kami berbesar hati mengumumkan bahawa kami kini diperakui sepenuhnya sebagai rakan kongsi terbaru Apple di Malaysia, mengiringi keluaran iOS 17.1.

Wing K Lee (tengah) merasmikan majlis pelancaran The Next Chapter di Sentul Pavilion pada Khamis.
Wing K Lee (tengah) merasmikan majlis pelancaran The Next Chapter di Sentul Pavilion pada Khamis.

"Telefon pintar baharu berkenaan layak mendapat rangkaian 5G terbaik di Malaysia dan menawarkan pelan iPhone paling berpatutan di negara ini kerana kami mengalu-alukan Apple menyertai barisan produk YES 5G," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran The Next Chapter yang diadakan di Sentul Pavilion dekat sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Dalam majlis tersebut, YES dinobatkan sebagai Rangkaian Mudah Alih Terpantas Malaysia oleh Ookla yang dimenangi sebanyak dua kali berturut-turut pada 2022 dan 2023.

Produk iPhone 15 tersedia untuk dipesan pelanggan di https://www.yes.my/iPhone/ mulai Khamis, manakala di kedai YES dan pengedar sah bermula Jumaat ini.

Tambah K Lee, iPhone 15 dan iPhone 15 Plus juga akan tersedia kepada orang ramai pada harga RM1 sahaja sempena Hari Jualan YES 11.11 dengan jumlah dan masa yang terhad.

Hari Jualan YES 11.11.
Hari Jualan YES 11.11.

"Kalau anda rasa RM21 sudah mampu milik, kami ada kejutan kerana akan turunkan lagi pelan berkenaan.

"Maklumat lanjut boleh didapati di laman web kami dengan menyelesaikan beberapa tugas mudah untuk mengumpul bintang yang mencukupi bagi membolehkan anda mendapat pas 11.11.

"Apabila mendapat pas tersebut, anda berpeluang untuk membeli telefon pintar jenama ini dengan harga serendah RM1 sahaja," ujarnya.

Jelas K Lee, YES turut mempunyai lebih daripada RM20,000 hadiah percuma termasuk aksesori Apple dan langganan Nvidia GeForce Now secara percuma.