Lima lelaki ditahan bersama 382 bungkus air ketum

Bungkusan air ketum yang dirampas susulan penahanan lima lelaki dalam Ops Tapis di Kampung Orang Asli Pos Pantos, Kuala Medang di sini pada awal pagi Khamis.
Bungkusan air ketum yang dirampas susulan penahanan lima lelaki dalam Ops Tapis di Kampung Orang Asli Pos Pantos, Kuala Medang di sini pada awal pagi Khamis.
A
A
A

LIPIS - Lima lelaki ditahan bersama 382 bungkus air ketum dalam Ops Tapis di Kampung Orang Asli Pos Pantos, Kuala Medang di sini pada awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, suspek berusia 25 hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 pagi di belakang sebuah rumah di kampung berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 382 bungkusan plastik mengandungi 382 liter air ketum dianggarkan bernilai RM3,820.

"Turut dirampas peralatan memasak termasuk tong gas, periuk dan dapur.

"Siasatan awal mendapati, suspek mengaku mendapat bekalan daun ketum daripada seorang lelaki dikenali dengan nama 'Bos' dari Chenderong Balai, Perak dan kali terakhir diambil Rabu lalu sebanyak 10 kilogram," katanya.

Beliau berkata, hasil soal siasat suspek mengaku telah menjalankan aktiviti memproses dan menjual air ketum itu sejak hampir selama 3 bulan lalu.

"Semua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: