X

Kindly register in order to view this article
!

Persiapan Aktiviti Pencerapan Gerhana

A
A

Ketua Penolong Kanan Planetarium Negara Zulhibabullah Ismail (kanan) dan Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Malaysia Mohammad Redzuan Tahar melakukan persiapan terakhir aktiviti pencerapan fenomena Gerhana Matahari Anulus yang akan dapat disaksikan pada Khamis ini di Serian, kira-kira 60 kilometer dari Bandar Raya Kuching.Sebanyak 2,000 unit cermin mata matahari ini akan diedarkan secara percuma kepada para pengunjung yang datang menyaksikan fenomena tersebut. Gerhana matahari anulus atau gerhana matahari cincin ini akan berlaku dalam tempoh kira-kira empat minit bermula 1.46 tengah hari hingga 1.50 tengah hari. Kali terakhir Gerhana Matahari Cincin ini pernah terjadi di negara kita adalah 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor dan selepas Khamis ini, gerhana seumpama ini hanya akan berlaku lagi di negara kita 22 tahun lagi. - Foto Bernama