Muhammad Afham buru impian jadi pemain golf profesional

Muhammad Afham memasang impian untuk menjadi pemain golf profesional.
Muhammad Afham memasang impian untuk menjadi pemain golf profesional.
A
A
A

JUARA golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2023 bawah 12 tahun, Muhammad Afham Othman yang merupakan penghafal lima juzuk al-Quran memasang impian untuk menjadi pemain golf profesional.

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi Gua Musang itu berkata, kejayaan muncul juara kejohanan tersebut membangkitkan lagi semangatnya untuk lebih serius dalam sukan berkenaan.

"Terbaharu, dua minggu lalu saya menang di Terbuka Amatur Kelantan ke-47 anjuran Kelantan Golf Country Club (KGCC).

"Bagaimanapun, saya perlu bekerja lebih keras jika mahu lebih serius dalam sukan ini," katanya ketika ditemui pemberita di Kota Bharu pada Rabu.


Muhammad Afham (tengah) mendapat sokongan dan dorongan kuat daripada kedua ibu bapanya.
Muhammad Afham (tengah) mendapat sokongan dan dorongan kuat daripada kedua ibu bapanya.

Menurut beliau, banyak lagi perkara yang perlu dipelajari terutama dari segi corak permainan.

Ujarnya, sokongan padu daripada bapa, Othman Ismail membuatkannya makin bersemangat untuk terus berjaya dalam lapangan berkenaan.

Sementara itu, Othman berkata, beliau akan memberikan sokongan padu kepada Muhammad Afham dalam mengejar cita-citanya sebagai pemain golf profesional.

Artikel Berkaitan:

Beliau berharap Muhammad Afham terus kekal konsisten dan memberikan aksi terbaik sepanjang pertandingan yang disertainya itu.

"Dia (Muhammad Afham) mula didedahkan dengan sukan ini seawal usia 9 tahun dan saya tidak menyangka bakatnya mula menyinar selepas menduduki tempat kedua pada 2022 semasa menyertai pertandingan MSSK Kelantan," katanya.