Sila log masuk terlebih dahulu.

King Sing bidas Ermieyati isu minum arak, menari ketika festival

31 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 31 OKTOBER 2023

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mempertahankan tindakan beliau minum arak dan menari ketika meraikan suatu festival bersama orang ramai.

Katanya, meraikan perayaan mengikut kelaziman komuniti terbabit tidak patut menjadi penentu prestasinya sebagai seorang menteri.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mempersoalkan sama ada King Sing mempunyai cara tersendiri menarik pelancong dengan ‘mabuk’ dan ‘menari di tempat umum’.

Muzik: Elevate dari bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen