Sila log masuk terlebih dahulu.

Fenomena air pasang, limpahan sungai punca banjir kilat

30 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 30 OKTOBER 2023

Fenomena air pasang besar disertai limpahan sungai berikutan hujan lebat beberapa jam pada petang Ahad menyebabkan banyak kawasan di Daerah Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah ditenggelami air, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Antara kawasan terjejas banjir adalah di Kampung Batu 5 Gurun, Taman Berlian, Sungai Petani, Kampung Baru, Kampung Bukit Belah, Kampung Batu 2, Kampung Haji Wahab, Taman Sari dan Ambangan Height.

Selain itu, Kampung Baru Bakar Arang di Mukim Sungai Pasir dan Kampung Jerung di Mukim Sidam Kiri turut dilaporkan terjejas.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/632159/edisi/utara/fenomena-air-pasang-limpahan-sungai-punca-banjir-kilat

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo