Verstappen tawan GP Mexico

Verstappen meraikan kejayaan muncul juara GP Mexico awal pagi Isnin. Foto AFP
Verstappen meraikan kejayaan muncul juara GP Mexico awal pagi Isnin. Foto AFP
A
A
A

PEMANDU Red Bull, Max Verstappen membuktikan statusnya sebagai juara dunia apabila mengungguli saingan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Mexico awal pagi Isnin.

Kemenangan tersebut meletakkan pelumba Belanda itu setanding rekod Alain Prost dengan 51 kemenangan F1.

Verstappen yang bermula dari petak ketiga kemudian merampas kedudukan pendahulu untuk mendominasi perlumbaan sehingga penamat.

“Bukan mudah untuk menang dari P3 (petak ketiga), ia memang mengagumkan. Saya bermula di P3 dan jentera terlalu hebat.

“Ia satu perlumbaan yang amat sengit. Sekarang saya tidak tahu – lebih banyak kemenangan, mungkin 17 atau 18!. Ia amat menakjubkan,” kata Verstappen.

Pemandu berusia 26 tahun itu menamatkan perlumbaan 13.875 saat di depan pelumba Mercedes, Lewis Hamilton yang bermula dari petak keenam.

Charles Leclerc yang bermula dari petak pertama menduduki tangga ketiga di depan rakan sepasukannya di Ferrari, Carlos Sainz.

Hamilton yang dibatalkan perlumbaan selepas menghuni tangga kedua di Amerika Syarikat minggu lalu pula berpuas hati dengan keputusan saingan tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Saya berasa bertenaga dan cuba memberi tekanan, tetapi tidaklah terlalu kuat. Ia satu keputusan hebat memandangkan kami bermula di petak keenam.

“Ia keputusan baik buat kami dalam beberapa minggu yang sukar,” katanya.