Isteri Presiden Turki, Emine Erdogan bersuara sokong Palestin

Emine Erdogan menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perang Palestin-Israel pada Sabtu. - Foto Instagram/rterdogan
Emine Erdogan menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perang Palestin-Israel pada Sabtu. - Foto Instagram/rterdogan
A
A
A

ISTANBUL - Isteri Presiden Turki, Emine Erdogan menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perang Palestin-Israel pada Sabtu.

Menurut Emine, yang berkongsi hantaran sesi Pertemuan Besar Palestin di Istanbul semalam, perhimpunan ini mewakili suara dari Istanbul untuk para ibu di Gaza, kanak-kanak dan semua jeritan tidak didengari penduduk yang tidak bersalah.

"Kita akan terus bersuara tentang kemanusiaan, hati nurani,dan belas kasihan hingga penindasan Israel berhenti dan kita akan melihat kanak-kanak bermain dengan selamat di Gaza.

"Pada hari itu, hati dan fikiran kita juga akan mendapat ketenangan. Sehingga itu, kita akan terus berdiri bersama rakyat Palestin," katanya.

Dalam pada itu, Emine mengharapkan rahmat Allah kepada mereka yang terkorban dan mangsa yang cedera dalam serangan, agar cepat pulih.

Ribuan orang menyertai Pertemuan Palestin Besar pada Sabtu yang membawa bendera Turki dan Palestin, berkumpul di Lapangan Terbang Ataturk.

Beberapa daripada mereka memakai penutup kepala dengan tulisan: "Kita semua bersama Palestin," "Hentikan pembersihan etnik, biarkan kanak-kanak hidup," dan "Jadilah suara kanak-kanak Palestin".

Kementerian Kesihatan di Wilayah Gaza menyatakan bahawa serangan Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 7,703 orang, dengan majoriti daripada mereka adalah orang awam dan kanak-kanak. - Awani

Artikel Berkaitan: