Brentford aibkan Chelsea di Stamford Bridge

Mbeumo (kiri) mengasak Raheem Sterling semasa aksi liga di Stamford Bridge, London pada Sabtu. - Foto AFP
Mbeumo (kiri) mengasak Raheem Sterling semasa aksi liga di Stamford Bridge, London pada Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

DUA jaringan Ethan Pinnock (m-58) dan Bryan Mbeumo (m-96) membolehkan Brentford meraih kemenangan 2-0 ke atas Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Stamford Bridge pada Sabtu.

Kemenangan itu membolehkan The Bees kendalian Thomas Frank mengumpul 13 mata selepas mengharungi 10 perlawanan pada musim ini.

Chelsea kendalian Mauricio Pochettino yang berbelanja besar musim ini pula kekal 12 mata meraih kekalahan keempat selepas 10 perlawanan.

Perkembangan terkini menyaksikan The Blues hanya memenangi satu daripada 13 perlawanan liga terakhir kelab tersebut di Stamford Bridge.

Kelab London itu dalam proses pembinaan semula selepas tampil aksi longlai musim lalu yang menyaksikan pemecatan pengendali Thomas Tuchel dan Graham Potter.

Chelsea selepas ini akan menyingkap saingan Pusingan 16 Piala Liga berdepan kelab Liga Kejuaraan, Blackburn Rovers di London pada 2 November.

Brentford pula akan berdepan West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti Gtech pada 4 November.

Artikel Berkaitan: