MBA Putra Business School terbaik di Malaysia, ke-24 di Asia

MBA Putra Business School diiktiraf terbaik di Malaysia
MBA Putra Business School diiktiraf terbaik di Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Putra Business School (PBS) diiktiraf sebagai program MBA terbaik di Malaysia dan ke-24 dalam kalangan rantau Asia oleh QS Global MBA Rankings.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PBS, Profesor Dr Azmawani Abd Rahman berkata, penarafan tersebut ditentukan menerusi lima indikator iaitu kepelbagaian kelas dan fakulti; keusahawanan dan pencapaian alumni; pulangan pelaburan; pemikiran kepemimpinan dan kebolehpasaran.

"Melalui indikator ini, PBS turut tersenarai dalam kedudukan 151-200 program global MBA terbaik dunia dan antara 48.6 peratus teratas di dunia.

"Pencapaian ini membuktikan komitmen PBS untuk terus mempertingkatkan mutu taraf pendidikan luar biasa dan menjalankan aktiviti penyelidikan yang efektif.

"Kejayaan ini juga merupakan hasil usaha padu dan semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam kalangan komuniti Putra Business School," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Azmawani berkata, penarafan tersebut merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi serta usaha gigih warga dan pelajar PBS.

Justeru, beliau mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga kerja dan pihak terlibat yang berusaha memperkasakan usaha serta strategi bagi mencapai visi PBS.

"PBS mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah, kakitangan, pelajar, alumni dan rakan strategiknya yang telah memainkan peranan penting untuk mencapai kejayaan luar biasa ini.

Artikel Berkaitan:

"Kami telah menunjukkan komitmen yang konsisten terhadap kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan serta penglibatan komuniti," ujarnya.