Pakej perkahwinan RM39 di Ekspo Booking Kahwin 2023

Booking Kahwin Expo akan bermula 27 Oktober sehingga 29 Oktober ini.
Booking Kahwin Expo akan bermula 27 Oktober sehingga 29 Oktober ini.
A
A
A

SHAH ALAM - SACC Convec Sdn. Bhd (SCSB) menganjurkan Ekspo Booking Kahwin yang menawarkan pakej perkahwinan eksklusif serendah RM39.

Ekspo Booking Kahwin akan berlangsung di SACC.
Ekspo Booking Kahwin akan berlangsung di SACC.

Pengurus Kanan Pemasaran dan Jualan SCSB, Hazirah Salleh berkata, acara yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) itu diadakan bermula 27 Oktober hingga 29 Oktober ini di ruang acara Temu Jelatek.

"Bagi memenuhi permintaan bakal pengantin yang dijangka meningkat, Temu The Event Space menyediakan 10 buah ruang acara antaranya di Seksyen 17 Shah Alam, Antara Gapi, LP10 Bangi, Evo Mall Bangi dan Selangor Cyber Valley Cyberjaya.

Antara pilihan pakej yang dipamerkan sempena Ekspo Booking Kahwin di SACC.
Antara pilihan pakej yang dipamerkan sempena Ekspo Booking Kahwin di SACC.

"Ini akan memberikan lebih banyak pilihan kepada pasangan yang ingin menjadikan hari istimewa mereka sebuah impian menjadi kenyataan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Antara pilihan makanan untuk disajikan kepada tetamu pada majlis resepsi.
Antara pilihan makanan untuk disajikan kepada tetamu pada majlis resepsi.

Dalam pada itu Hazirah berkata, pihaknya turut menawarkan pakej perkahwinan lengkap serendah RM92 merangkumi enam pilihan makanan, kek pengantin, pelamin, meja makan beradab, sistem siar raya beserta skrin LED, bilik VVIP dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Replika kek yang tersedia bagi pakej perkahwinan di Ekspo Booking Kahwin.
Replika kek yang tersedia bagi pakej perkahwinan di Ekspo Booking Kahwin.

"Selain perkhidmatan perkahwinan, pengunjung juga boleh merasai makanan daripada rerurai Temu dan SACC yang dihidangkan untui disaji semasa majlis resepsi beserta pilihan ‘goodies’ kepada tetamu.

Pilihan hidangan untuk 'food testing' kepada bakal pengantin di Ekspo Booking Kahwin 2023.
Pilihan hidangan untuk 'food testing' kepada bakal pengantin di Ekspo Booking Kahwin 2023.

"Ekspo Booking Kahwin 2023 adalah peluang terbaik bagi bakal pengantin yang merancang acara sosial dengan melihat sendiri perkhidmatan dan produk ditawarkan oleh pakar dalam industri perkahwinan," ujarnya.