Fenomena gerhana bulan separa Ahad ini

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai terutama peminat astronomi berpeluang menyaksikan menyaksikan fenomena gerhana bulan separa bermula pada Ahad ini.

Planetarium Negara menerusi kenyataan memaklumkan, fenomena berkenaan dapat dilihat bermula jam 3.35 pagi hingga 4.52 pagi ketika bulan terlindung oleh bayang umbra bumi

"Walaupun gerhana bermula lebih awal iaitu pada pukul 2.01 pagi, kesan masih belum kelihatan kerana terlindung oleh bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

"Kesan gerhana kekal kelihatan dari jam 3.35 pagi sehingga capai maksimum pada 4.14 pagi dan berakhir 4.52 pagi.

"Bermula 4.52 pagi, bulan mengalami fasa penumbra semula sehingga gerhana tamat sepenuhnya pada 6.26 pagi.

Fenomena gerhana bulan separa yang akan dilihat Ahad ini.
Fenomena gerhana bulan separa yang akan dilihat Ahad ini.

"Ketika gerhana mencapai maksimum, bulan kekal tertutup sekitar 12 peratus oleh bayang umbra bumi," menurut kenyatan itu.

Dalam pada itu agensi tersebut turut memaklumkan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengadakan Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa 2023 di Planetarium Negara bermula pukul 10 malam Sabtu ini.

Artikel Berkaitan:

Program secara percuma itu membolehkan pengunjung menyaksikan dua buah planet iaitu Musytari dan Zuhal terlebih dahulu sebelum dapat melihat gerhana bulan separa pada awal pagi Ahad.

"Planetarium Negara turut bekerjasama dengan persatuan Astronomi Star Finder dalam menyediakan kemudahan teleskop kepada orang awam menyaksikan fenomena gerhana bulan separa.

"Bagi yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara, imej gerhana bulan separa akan disiarkan melalui penstriman langsung di laman Facebook dan YouTube Planetarium Negara.

"Penampakan fenomena berkenaan bergantung kepada keadaan cuaca semasa di lokasi pencerapan," jelasnya.