Piala Dunia 2027 lebih fantastik

New Zealand, antara pasukan kuasa ragbi dunia. - Foto Agensi
New Zealand, antara pasukan kuasa ragbi dunia. - Foto Agensi
A
A
A

KALENDAR kejuaraan ragbi pusingan akhir Piala Dunia Australia 2027 bakal menampilkan pertambahan empat pasukan pusingan akhir - penyertaan sebanyak 24 pasukan.

Kelulusan terbaharu Majlis Ragbi Dunia (WR) itu juga menyaksikan perlawanan peringkat kalah mati bertambah dengan tempoh kejuaraan berlangsung seminggu.

Pengerusi WR, Bill Beaumont berkata, transformasi baharu terhadap kejuaraan itu merupakan keputusan yang tepat dalam mengembangkan lagi sukan berkenaan.

"Keputusan yang tepat dan logik untuk mengembangkan edisi pusingan akhir 2027 kepada 24 pasukan.

"WR sentiasa positif mencipta elemen yang lebih hebat, peluang, daya saing dan nilai bagi menarik lebih ramai peminat baharu menyertai keluarga besar ragbi," katanya.

Perkembangan terbaharu ini secara tidak langsung transformasi kejuaraan pertama WR sejak 1999 apabila temasya ragbi dunia itu dikembangkan daripada 16 ke 20 pasukan.

Piala Dunia Australia 2027 akan berlangsung dari 1 Oktober hingga 13 November - kali pertama sepak mula kejuaraan bermula pada Oktober sejak 2003 - dengan pasukan dibahagikan kepada enam kumpulan mengandungi empat pasukan.

RAGBI PIALA DUNIA PERANCIS 2023

Artikel Berkaitan:

SABTU (28 OKTOBER)

Tempat Ketiga Keempat

England lwn Argentina, 3 pagi

AHAD (29 OKTOBER)

Perlawanan Akhir

New Zealand lwn Afrika Selatan, 3 pagi