'Tolong tunjuk sikap baik, bukan keluarkan kenyataan memalukan' - Quin Er

Quin Er - Foto: FB Chan Quin Er
Quin Er - Foto: FB Chan Quin Er
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Chan Quin Er menyelar tindakan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah yang mengeluarkan perkataan melanggar peraturan ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Quin Er berkata, Mohd Suhaimi diminta supaya menunjukkan sikap baik bukannya mengeluarkan kenyataan yang memalukan dan menjatuhkan maruah wanita.

“Saya dan Ahli Parlimen Seputeh tidak sehaluan dalam politik. Tetapi bila sentuh isu wanita, sudah tentu saya boleh berdiri untuk bersolidariti bersama sesiapa sahaja.

“Ahli Parlimen Langkawi kena sedar persidangan Dewan Rakyat ini ramai yang tengok termasuk para pelajar.

“Jadi tolonglah tunjuk sikap baik, bukannya keluarkan kenyataan yang memalukan dan menjatuhkan maruah wanita,” katanya dalam siaran di Facebook pada Khamis.

Pada Khamis, Mohd Suhaimi didakwa mengeluarkan perkataan yang melanggar peraturan ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat.

Perkara itu dibangkitkan Chong Zhemin (PH-Kampar) merujuk ayat “tidak pakai apa-apa” dikeluarkan Mohd Suhaimi yang ditujukan kepada Teresa Kok (PH-Seputeh).

Semuanya bermula ketika Teresa mencelah perbahasan Mohd Suhaimi dengan bertanya adakah boleh memakai seluar pendek di Langkawi.

Artikel Berkaitan: