Peluang Argentina, England ubat duka

England (jersi gelap) akan membuat perhitungan dengan Argentina bagi merebut tempat ketiga Piala Dunia Ragbi pada Sabtu. - Foto: Agensi
England (jersi gelap) akan membuat perhitungan dengan Argentina bagi merebut tempat ketiga Piala Dunia Ragbi pada Sabtu. - Foto: Agensi
A
A
A

AKSI penentuan tempat ketiga Piala Dunia Perancis 2023 yang menemukan Argentina dan England Sabtu ini menjadi pentas buat mereka menebus kekecewaan tewas dalam saingan separuh akhir minggu lalu.

Skuad Pumas dibelasah New Zealand 6-44, manakala England biarpun memberi tentangan sengit, namun terpaksa akur tewas tipis kepada Afrika Selatan 15-16 dalam aksi yang berlangsung di Stade de France itu.

Jurulatih Argentina, Michael Cheika menuntut para pemainnya memberikan aksi terbaik dengan mengakhiri kejohanan tersebut menerusi noktah kemenangan.

“Semua yang kami lakukan ini adalah untuk negara. Menamatkan kejohanan ini dengan memenangi pingat gangsa.

“Kejohanan ini menjadi pengalaman buat semua demi masa depan yang lebih baik dan legasi ragbi Argentina,” ujar Cheika.

Sebagai rekod kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi peringkat kumpulan pembukaan kejohanan itu pada 10 September lalu dengan kemenangan berpihak England menumpaskan Argentina 27-10.

Jurulatih England Steve Borthwick pula teruja dengan perkembangan pasukan apabila para pemain mampu menangani situasi sukar dengan baik.

“Sebagai pemain apabila mengalami kekalahan anda perlu bangkit. Berlari ke sana (padang) dan bermain semula untuk meraih kejayaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: