Usia, masa tidak halang Adam capai kejayaan

Adam tamatkan pengajian Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan di UMP pada umur 52 tahun

A
A
A

Adam Yusuf bersama isteri dan anaknya pada Majlis Konvokesyen UMPSA ke-18 di Kuantan pada Selasa.
Adam Yusuf bersama isteri dan anaknya pada Majlis Konvokesyen UMPSA ke-18 di Kuantan pada Selasa.

GAMBANG - Meskipun usia menghampiri 52 tahun, penerima Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat UMP Advanced, Adam Yusuf masih lagi cekal meningkatkan kemampuan diri dengan terus menimba ilmu pengetahuan.

Anak bongsu daripada tujuh orang adik-beradik itu merupakan graduan Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari universiti berkenaan.

Bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat swasta di Malaysia, Adam memberitahu, ketika pandemik Covid-19 melanda negara beliau menghadapi cabaran untuk meneruskan pengajiannya sambil bekerja.

“Cabaran paling besar yang saya hadapi adalah menyusun strategi pengurusan perniagaan syarikat ketika pandemik Covid-19 yang lepas. Pada masa sama, saya perlu memfokuskan kepada pengajian semasa.

“Namun, saya berpegang kepada prinsip dan integriti yang merupakan kunci kepada kejayaan dalam kepimpinan. Jika tiada disiplin dalam diri, kita tidak akan mampu mempamerkan contoh yang terbaik dalam kepimpinan kita,” katanya.

Adam berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-18, di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Dari kiri: Dr. Ahmad Ziad, Adam dan Dr. Yuserrie pada Majlis Konvokesyen UMPSA ke-18 di Kuantan, Pahang pada Selasa.
Dari kiri: Dr. Ahmad Ziad, Adam dan Dr. Yuserrie pada Majlis Konvokesyen UMPSA ke-18 di Kuantan, Pahang pada Selasa.



Majlis itu disempurnakan oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMPSA merangkap Ahli Lembaga Pengarah UMP Advanced, Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman serta Pemangku Ketua Pengawai Eksekutif UMP Advance, Dr. Ahmad Johari Mohamad.

No Image Caption

Seramai 1,447 graduan menerima skrol masing-masing daripada Dr. Yuserrie sempena majlis itu.