Harga petrol, diesel kekal hingga 1 November

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 26 hingga 1 November.
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 26 hingga 1 November.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 26 hingga 1 November.

Kementerian Kewangan (MOV) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga itu berasaskan kepada harga mingguan produk petrolium mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa,” menurut MOF.

Menurut kenyataan itu kerajaan akan terus memantau harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara. - Bernama

Artikel Berkaitan: