Sila log masuk terlebih dahulu.

Pembinaan TAPS Sungai Lebah Salleh perlu rundingan Malaysia, Singapura

24 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 24 OKTOBER 2023

Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Lebah Salleh, Kota Tinggi, Johor memerlukan persetujuan di peringkat Pusat kerana Johor masih mempunyai perjanjian bekalan air dengan Singapura, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrasuktur negeri, Mohamad Fazli Mohamed Salleh berkata, air Sungai Johor akan ditakungkan di TAPS Sungai Lebah Salleh untuk penyaluran bekalan air di kawasan pusat pengumpulan data Sedenak, Kulai.

Jelasnya, perbincangan yang dilakukan bersama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebelum ini tentang cadangan pembinaan TAPS ini, mendapat respons positif.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/631157/edisi/johor/pembinaan-taps-sungai-lebah-salleh-perlu-rundingan-malaysia-singapura

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo