Aura St James’ Park ujian buat Dortmund

Brandt - Foto Agensi
Brandt - Foto Agensi
A
A
A

GERGASI Bundesliga, Borussia Dortmund tidak hanya akan berdepan tentangan sengit Newcastle United di Stadium St James’ Park awal pagi Khamis.

Sebaliknya menurut pemain sayap Borussia Dortmund, Julian Brandt, para pemain kelab Jerman itu juga perlu berdepan aura para penyokong The Magpies.

“Suasana yang sangat baik menanti kami di sana. Ia berbeza dengan Manchester City atau Chelsea.

“Walaupun mereka menghasilkan persembahan yang sangat baik menentang Paris Saint-Germain, kami mesti pergi ke sana dengan penuh keyakinan.

“Keterujaan para penyokong Newcastle United juga sangat luar biasa sehingga apa-apa boleh berlaku,” kata Brandt yang berkongsi penilaian pemain Brighton & Hove Albion, Pascal Gross rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Jerman.

The Magpies kendalian Eddie Howe menanti kunjungan Dortmud ke Tyneside dengan harapan untuk meneruskan permulaan cemerlang saingan Kumpulan F

The Magpies kini menduduki tangga teratas Kumpulan F selepas seri 0-0 di Milan sebelum menewaskan Paris Saint-Germain (PSG), 4-1 di St James’ Park.

Dortmund pula menduduki tangga terbawah selepas tewas 0-2 kepada PSG sebelum diikat tanpa jaringan AC Milan di Signal Iduna Park.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, nada sama juga disuarakan pengendali Dortmund, Edin Terzic apabila menjangkakan cabaran yang sengit di laman lawan.

Terzic berpengalaman berdepan Newcastle kendalian Howe sebelum ini semasa menjadi penolong pengendali kepada Slaven Bilic di West Ham United.

LIGA JUARA-JUARA 2023

Jadual Peringkat Kumpulan

KHAMIS (26 OKTOBER)

Barcelona lwn Shakhtar Donetsk, 12.45 tengah malam

Feyenoord Rotterdam lwn Lazio, 12.45 tengah malam

Newcastle United lwn Borussia Dortmund, 3 pagi

RB Leipzig lwn Red Star Belgrade, 3 pagi

Young Boys lwn Manchester City, 3 pagi

Paris Saint-Germain lwn AC Milan, 3 pagi

Celtic lwn Atletico Madrid, 3 pagi

Antwerp lwn Porto, 3 pagi