Tiga pelajar maut terperangkap dalam gua

Anggota penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan pelajar yang terperangkap di dalam gua akibat banjir. - Foto Agensi
Anggota penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan pelajar yang terperangkap di dalam gua akibat banjir. - Foto Agensi
A
A
A

BANDUNG - Seramai tiga pelajar universiti ditemui maut dalam sebuah gua di Indonesia selepas mereka terperangkap di dalamnya akibat hujan lebat dan banjir.

Menurut pihak berkuasa, operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan di gua Lele semalam menemukan lima orang yang masih hidup.

Jurucakap agensi mencari dan menyelamat tempatan, Seni Wulandari berkata, mangsa terperangkap di dalam gua berkenaan selama beberapa jam sebelum pasukan penyelamat berjaya memindahkan mereka.

"Anggota penyelamat mengambil masa kira-kira sejam untuk masuk ke gua yang berada 30 meter di bawah paras tanah," katanya.

Menurut salah seorang anggota senior kelab itu, Ari Alfian, cuaca adalah normal ketika pelajar memasuki gua berkenaan namun hujan lebat turun secara tiba-tiba.

"Air masuk ke dalam gua seperti air terjun. Pada awalnya hanya lima pelajar berada di dalam gua. Tiga yang lain datang untuk membantu tetapi terperangkap. Lima orang berjaya selamatkan diri," katanya yang turut menyertai operasi menyelamat.

Difahamkan, kesemua pelajar terbabit adalah sebahagian daripada kelab alam semula jadi universiti dan pergi ke gua itu untuk berlatih dalam meneroka asas gua. - AFP

Artikel Berkaitan: