‘Bijak Tenaga’ TNB – Sinar Bestari

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. (Gambar kecil: Meen Tahrin)
Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. (Gambar kecil: Meen Tahrin)
A
A
A

SHAH ALAM - Bagi mencungkil dan mengiktiraf bakat pelajar, Tenaga Nasional (TNB) bersama Sinar Bestari mengadakan pertandingan video kreatif ‘Bijak Tenaga’ TNB – Sinar Bestari bermula pada 23 Oktober ini sehingga 15 Disember 2023.

Pengumuman pemenang akan dimaklumkan pada 10 Januari tahun hadapan.

Menurut Editor Eksekutif Gaya Hidup Sinar Harian, Meen Tahrin, kolaborasi bersama TNB ini sangat bertepatan dengan waktunya kerana sepanjang Sinar Bestari mengadakan program jelajah ke sekolah-sekolah, dapat dilihat bakat dan kreativiti hebat pelajar dalam penghasilan video.

Pertandingan video kreatif 'Bijak Tenaga' TNB – Sinar Bestari menawarkan hadiah bernilai RM26,000.
Pertandingan video kreatif 'Bijak Tenaga' TNB – Sinar Bestari menawarkan hadiah bernilai RM26,000.

“Saya mengagumi idea, kreativiti dan kesungguhan pelajar menghasilkan video-video seperti yang ditugaskan kepada mereka.

“Walaupun dalam tempoh singkat iaitu lebih kurang 30 minit tetapi anak-anak ini berjaya menghasilkan video menarik.

“Saya berasakan pertandingan ini pastinya mendapat sambutan daripada para pelajar untuk menghasilkan video terbaik di samping mendapat ganjaran wang tunai keseluruhan berjumlah RM26,000,” katanya.

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Artikel Berkaitan:

Krew TV PSS menunjukkan aksi mereka dalam membuat liputan berita.
Krew TV PSS menunjukkan aksi mereka dalam membuat liputan berita.

Juara setiap kategori akan menerima wang tunai berjumlah RM5,000, naib juara RM3,000 dan tempat ketiga RM2,000.

Tiga kumpulan akan menerima sagu hati RM1,000. Semua peserta akan menerima sijil penyertaan.

“Tip untuk menang cukup mudah, pelajar hanya perlu menghasilkan video secara kreatif mengikut tema dikehendaki iaitu ‘Bijak Tenaga’ dan kongsikan di laman TikTok.

Para pelajar menjalani sesi 'brainstorming' bagi mencari topik berita yang menarik.
Para pelajar menjalani sesi 'brainstorming' bagi mencari topik berita yang menarik.

“Video hendaklah berdurasi dua hingga tiga minit sahaja.

“Selainnya jangan lupa tanda pagar #TNBSinarBestari, #kempenbijaktenaga serta ikuti akaun TikTok @tenaga_nasional dan @SinarBestarimy,” jelas Meen lagi.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh ke portal sinarbestari.sinarharian.com.my atau Hotline Sinar Bestari di 019-232 9032 (WhatsApp sahaja).

Untuk rujukan terhadap tema boleh layari mytnb.com.my.