Karnival Pendidikan Sinar Bestari asah minat pelajar

Dr Jafri (dua,kiri) bersama Farah (kanan) dan Zamri (dua dari kiri) ketika majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.
Dr Jafri (dua,kiri) bersama Farah (kanan) dan Zamri (dua dari kiri) ketika majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Pendedahan di luar bilik darjah dalam Karnival Pendidikan Sinar Bestari penting bagi mengasah minat pelajar selain daripada pendidikan formal di sekolah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Damansara Jaya 1, Jamali Said berkata, murid sememangnya dahagakan ilmu sebegini yang mana belajar sambil bergembira.

"Persekitaran yang tidak formal seperti dalam bilik darjah mungkin dapat membantu mereka menimba ilmu dengan lebih cepat.

"Saya sangat gembira apabila ada pihak korporat sudi bekerjasama dengan sekolah-sekolah untuk majukan bidangkan pendidikan melalui karnival seperti ini.Ia akan memberi pengalaman baharu kepada mereka dalam menimba ilmu," katanya.

Para guru dan wakil PIBG yang hadir ketika majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.
Para guru dan wakil PIBG yang hadir ketika majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.

Sementara itu, Guru Besar SK Saujana Impian 2, Kajang, Sazlina Mohd Sheriff berpendapat, karnival itu sangat bagus kerana dapat mencungkil bakat baharu para pelajar melalui pelbagai aktiviti yang disediakan.

Sebahagian tetamu yang hadir ketika majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.
Sebahagian tetamu yang hadir ketika majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.

Ujarnya, kadang-kadang mereka mempunyai sikap malu dan rasa rendah untuk menonjol ataupun menunjukan bakat masing-masing.

"Bagaimanapun, dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan di karnival ini, saya rasa ia akan memberi semangat dan motivasi kepada pelajar untuk terus menimba ilmu.

Pelajar juga tidak ketinggalan hadir ketika majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.
Pelajar juga tidak ketinggalan hadir ketika majlis Pra Pelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.

"Pengalaman luar ini juga dapat dibawa ke sekolah memandangkan terdapat hubung kait dengan subjek mereka pelajari," jelasnya.

Sazlina turut menyatakan hasrat untuk menghantar ramai pelajar di sekolahnya ke karnival tersebut.

Jamali Said
Jamali Said

"Pelajar perlu datang ke sana kerana secara tidak langsung mereka akan dapat sesuatu yang baharu dan mungkin boleh digunakan untuk kerjaya akan datang," katanya.

Sazlina Mohd Sheriff
Sazlina Mohd Sheriff