Berang gambar aib tular punca rakan sekelas ditampar

Video tular memaparkan suspek menampar rakan sekelasnya di sebuah sekolah dekat sini pada Jumaat.
Video tular memaparkan suspek menampar rakan sekelasnya di sebuah sekolah dekat sini pada Jumaat.
A
A
A

KAJANG - Berang gambar mengaibkan tular di TikTok dipercayai punca seorang pelajar perempuan bertindak menampar wajah rakan sekelasnya di dalam bilik darjah sebuah sekolah dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kejadian terbabit daripada salah seorang pelajar berusia 17 tahun.

"Video itu dipercayai ditularkan oleh rakan sekelas mereka itu memaparkan perbuatan seorang pelajar perempuan telah mengasari mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Zaid berkata, suspek bersemuka dengan rakan sekelasnya itu dan bertindak menampar pipi mangsa sebanyak lima kali sambil bertanya berkenaan gambar terbabit.

"Sebaliknya mangsa berkata gambar itu diambil sendiri oleh suspek menggunakan telefon milik rakan yang lain.

"Akibat terlalu marah pelajar berkenaan menampar muka mangsa yang dikatakan telah menjatuhkan maruahnya," katanya.

Beliau berkata, mangsa dan suspek sudah membuat laporan berhubung kejadian terbabit sejak Sabtu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-998 5730 bagi membantu siasatan," katanya.