Statistik 'keperluan' setiap individu

Fareza (dua dari kiri) menerima cenderamata daripada Abdol Samad selepas merasmikan Mini Karnival Statistik Sempena Perayaan Hari Statistik Sedunia pada Sabtu.
Fareza (dua dari kiri) menerima cenderamata daripada Abdol Samad selepas merasmikan Mini Karnival Statistik Sempena Perayaan Hari Statistik Sedunia pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Statistik merupakan ‘keperluan’ setiap individu dan penting sebagai pandu arah menentukan kesejahteraan rakyat, selari tema sambutan Hari Statistik Negara tahun ini iaitu Statistik Nadi Kehidupan.

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Kelantan, Fareza Mohamed Sani berkata, penganjuran program tahunan itu bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan statistik dan mengiktiraf sumbangan ahli statistik negara.

Menurutnya, ia turut menjadikan statistik sebagai satu budaya bagi membuat keputusan berdasarkan fakta dan data.

“Justeru, DOSM dengan kerjasama pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kota Bharu me-nganjurkan Mini Karnival Statistik Negara sempena Hari Statistik Negara peringkat NegerI Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mini Karnival Statistik Sempena Perayaan Hari Statistik Sedunia bersama Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Profesor Dr Abdol Samad Nawi di sini pada Sabtu.

Menurut Fareza berkata, mini karnival tersebut melibatkan lebih 400 penyertaan terdiri daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan penuntut dari institusi pengajian tinggi.

Jelas beliau lagi, Hari Statistik Negara diraikan oleh pelbagai golongan termasuk pembekal dan pengguna statistik agensi kerajaan serta swasta, institusi pendidikan di peringkat rendah, menengah dan tertiari, komuniti perniagaan, individu serta penyelidik.

“DOSM Kelantan turut mengadakan program Bersama Komuniti di Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah Tumpat, Mini Karnival Statistik UiTM Cawangan Kota Bharu serta Northern StatsRun di USM Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

“DOSM Kelantan percaya dapat memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat dan meningkatkan kerjasama dengan pembekal data,” katanya.

Maklumat lanjut berkaitan statistik yang dikeluarkan oleh DOSM boleh didapati di laman web https://www.dosm.gov.my dan aplikasi MyLocal Stats.