Sila log masuk terlebih dahulu.

Wajah Nurul Najihah bersih, arwah berbakti hingga akhir hayat - Ibu

21 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 21 OKTOBER 2023

Allahyarhamah Nurul Najihah Amzi terus menabur bakti hingga akhir hayatnya apabila cuba memberi bantuan kepada insan memerlukan sebelum maut dalam nahas jalan raya kira-kira jam 2.18 petang di Kilometer 390, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Perak pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Dalam kejadian itu, Nurul Najihah yang juga Penolong Setiausaha Dewan Muslimat Pas Kawasan Sungai Petani bersama Ketua Dewan Muslimat Pas Sungai Petani, Taibah Sulaiman, 61, dan Ketua Ameerah Pas Sungai Petani, Fatihah Nabilah Bukri, 23, maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika sedang melakukan amal membantu insan lain yang kemalangan.

Susulan, jenazah Nurul Najihah dikebumikan di Masjid Al-Irfan Derga,Alor Setar selepas subuh.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630600/berita/semasa/wajah-nurul-najihah-bersih-arwah-berbakti-hingga-akhir-hayat---ibu