Fadzil ada di sisi ketika Farid Kamil hadapi tempoh sukar

Fadzil Zahari(kiri) gembira abangnya, Farid Kamil untuk kembali rujuk dengan Diana Danielle demi kebaikan anak-anak.
Fadzil Zahari(kiri) gembira abangnya, Farid Kamil untuk kembali rujuk dengan Diana Danielle demi kebaikan anak-anak.
A
A
A

ADIK Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari menyambut baik keputusan abangnya yang juga aktor Farid Kamil untuk kembali rujuk dengan Diana Danielle demi kebaikan anak-anak.

Ujar Fadzil, bagaimanapun setakat ini, Farid belum menghubunginya mahupun bertemu selepas mengumumkan kembali rujuk.

“Alhamdullillah dia buat keputusan yang bagus untuk dia dan masa depan anak-anaknya.

“Selepas mereka kembali bersama, saya belum lagi berjumpa dengan dia tapi kita sebagai adik mendoakan supaya mereka bahagia,” katanya.

Tambah suami kepada pelakon Yana Samsudin itu, sepanjang Farid berada dalam tempoh sukar ketika proses penceraian berlaku, dia berada di sisi abangnya hampir empat bulan.

“Bila orang yang ada masalah ini berseorangan, takut dia buat benda merepek jadi saya lepak dengan dia dalam tiga hingga empat bulan itu.

“Saya juga tidak rasa ralat atas keputusan yang dia buat dan sebagai adik, saya sudah jalankan tanggungjawab.

“Apa pun ia berbalik pada pilihan dia sebab dia yang melayari rumah tangganya. Kita doakan keputusan itu baik buatnya,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Diana dan Farid mengesahkan rujuk semula selepas sah bercerai talak satu 10 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Dalam pada itu, Yana mengakui seisi keluarga mentuanya bersedih dalam tempoh Farid berhadapan dengan masalah rumah tangga sehingga terjadinya penceraian.

“Tipulah kalau ketika dalam tempoh sukar itu keluarga tidak bersedih, tetapi bab perkahwinan ini, kita tak boleh nak masuk campur sangat.

“Kalau orang tua pun akan nasihat benda yang sama. Tengah bergaduh memang masam nanti bila sudah baik, takut kita pulak yang jadi jahatnya.

“Dalam ketika mereka diuji kita tolong bagi sokongan. Apa yang nak berlaku dalam hidup mereka, mereka boleh pilih sendiri,” ujarnya.

Fadzil dan Yana berkongsi perkara itu selepas acara pelancaran produk minuman susu Bagoos Oat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, petang Jumaat.

Sementara itu, mengulas mengenai susu berasaskan oat itu, Yana berkata, dia mahu menghasilkan sesuatu yang bagus bukan hanya untuk orang dewasa, tetapi juga golongan kanak-kanak.

“Sebelum ini pun ketika saya keluarkan jenama tudung sendiri, saya pakai dahulu baru saya hasilkan dan pasarkan.

“Samalah juga dengan minuman susu oat Bagoos ini, bila saya keluarkan produk minuman ini, bermakna saya sendiri sudah mencubanya dan semestinya untuk seisi keluarga saya. Bukan sahaja berkhasiat, lazat dan tambah tenaga,” katanya.