Bapa rogol anak kandung direman seminggu

Suspek (tengah) tiba di Mahkamah Majistret Kemaman pada jam 9.20 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Suspek (tengah) tiba di Mahkamah Majistret Kemaman pada jam 9.20 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang bapa direman selama tujuh hari bermula Jumaat selepas disyaki merogol anak gadisnya yang berusia 13 tahun.

Perintah tahanan itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin pada Jumaat.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret Kemaman pada jam 9.20 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, perbuatan terkutuk lelaki berusia 36 tahun itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian tersebut kepada individu yang rapat dengannya.

"Lelaki itu bertindak merogol anaknya di rumah mereka di sebuah kampung di Kemaman pada akhir September lalu.

"Suspek turut mengugut mangsa agar tidak memberitahu sesiapa jika tidak mahu dipukul.

"Namun kejadian tersebut terbongkar selepas mangsa menceritakan perbuatan durjana bapanya itu kepada individu yang dikenali dan kemudian terus membuat laporan polis di ibu pejabat polis berhampiran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan sebat sehingga 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: