48,656 PATI ditahan tahun ini

Ruslin (tengah) menjalankan pemeriksaan awal tangkapan warga asing di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ruslin (tengah) menjalankan pemeriksaan awal tangkapan warga asing di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 48,656 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di seluruh negara pada tahun ini sejak Januari.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, statistik setakat 18 Oktober itu merekodkan 7,169 operasi dan 80,065 pemeriksaan.

Menurutnya, antara PATI yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Thailand, Pakistan dan Nepal.

"Selain itu, seramai 245 majikan telah ditahan termasuk 234 ialah warga tempatan kerana menggaji serta melindungi PATI," katanya kepada pemberita selepas operasi imigresen di sebuah kondominium di Jalan Munshi Abdullah di sini pada Jumaat.

Ruslin menjalankan pemeriksaan awal tangkapan warga asing di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ruslin menjalankan pemeriksaan awal tangkapan warga asing di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Beliau berkata, antara kesalahan PATI yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan tinggal lebih masa.

Katanya, tindakan telah diambil di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Masyarakat diminta untuk salurkan maklumat mengenai PATI.

Artikel Berkaitan:

"Mereka yang bersekongkol dan melindungi PATI boleh dikenakan tindakan undang-undang. Kita (imigresen) tidak berkompromi dengan kesalahan yang melanggar undang-undang negara," jelasnya.