Pas angkuh, tamak - Mohd Puad

Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Pas sebagai parti angkuh dan tamak apabila menyatakan mahu kembali menerajui Putrajaya tidak lama lagi.

Beliau mendakwa, ucapan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada perasmian Muktamar Pemuda Pas ke-64 itu memperlihatkan usaha menubuhkan 'kerajaan tebuk atap' masih belum berakhir.

"Maksudnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang. Bagaimana? Mesti tebuk atap atau Gabungan Parti Sarawak (GPS) tarik diri.

"Menurut Tuan Ibrahim lagi, sewaktu Pas mempunyai 18 kerusi, mereka menjadi kerajaan tetapi apabila sudah memiliki banyak kerusi di Pilihan Raya Umum ke-15, di sebelah pihak pembangkang pula, ini macam kiamat. Cakap beliau menakutkan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Pada Rabu, Tuan Ibrahim dilapor berkata, pihaknya yakin akan kembali menjadi sebahagian parti yang menerajui Putrajaya tidak lama lagi.

Katanya, pemimpin luar negara yang menemuinya turut menyuarakan keyakinan masa depan Malaysia terletak di tangan parti itu dan Perikatan Nasional (PN).

Tambah Mohd Puad, pelbagai usaha Pas untuk kembali memerintah kerajaan mahupun negeri dimiliki pihak lawan tidak berjaya.

"Contoh, mereka mahu merampas jawatan Menteri Besar Pahang tetapi usaha membeli 10 ahli Parlimen UMNO gagal.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, usaha itu tidak mampu dicapai kerana parti itu derhaka dengan titah Yang di-Pertuan Agong," ujarnya.