Langkah tepat beri subsidi secara tunai

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Langkah kerajaan untuk mempertimbangkan pemberian subsidi secara pindahan tunai ke dalam akaun penerima dilihat kaedah yang tepat pada masanya.

Pakar ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat, ia selari dengan matlamat kerajaan ke arah perkhidmatan pendigitalan, sekali gus mempertingkatkan tadbir urus yang cekap.

“Pemberian subsidi secara pindahan tunai ini akan menjadikan penyampaian perkhidmatan kerajaan lebih cepat dan cekap,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai langkah kerajaan yang sedang memperhalusi pemberian subsidi, antaranya melalui pindahan tunai.

Menurut Barjoyai, pelaksanaan cadangan itu perlu bergantung kepada pangkalan data yang mengandungi data individu layak sebagai penerima subsidi.

“Kerajaan perlu memastikan data itu tepat agar subsidi dapat disalurkan dengan tepat.

“Sekarang ini hampir semua orang mempunyai telefon pintar yang mana terdapat 39 telefon bimbit direkodkan di negara kita,” katanya.

Jelas Barjoyai lagi, kerajaan juga perlu mengkaji kaedah lain untuk rakyat pedalaman yang tidak mempunyai akses kepada rangkaian perkhidmatan telefon dan akaun bank.

Artikel Berkaitan:

“Jika mereka tidak mempunyai salah satu atau kedua-duanya, ia akan menjadi masalah.

“Jadi kaedah pemberian subsidi boleh diguna pakai ke atas mereka,” ujarnya.

Sementara itu, bagi masyarakat luar bandar, katanya, kerajaan boleh menggalakkan mereka beralih kepada digitalisasi secara berperingkat.

“Pada peringkat awal mungkin mereka menolak kerana tidak mahir dan sebagainya tapi lama-kelamaan ia pasti disambut,” katanya.

Mengulas mengenai kaedah pemberian subsidi, Barjoyai berkata, kerajaan boleh melaksanakan pemberian kredit bagi individu layak mendapatkan subsidi petrol.

“Kerajaan akan masukkan kredit dalam kad mereka dan pada bila-bila masa sahaja pengguna boleh menikmatinya,” ujar beliau.