Israel tidak akan berhenti sehingga Hamas tinggalkan Gaza - Menteri

Israel tidak akan berhenti sehingga kumpulan Hamas dipaksa keluar dari Gaza.
Israel tidak akan berhenti sehingga kumpulan Hamas dipaksa keluar dari Gaza.
A
A
A

MENTERI Risikan Israel, Gila Gamliel menegaskan, kerajaan tidak akan berhenti sehingga kumpulan Hamas, yang beliau gambarkan sebagai 'raksasa' dipaksa keluar dari Gaza.

Bercakap dalam program Newshour terbitan BBC World Service, Gamliel berkata, langkah pertama campur tangan Israel dalam kawasan Palestin ialah untuk mengembalikan keselamatan warganegara Israel.

Gamliel mengakui, kerajaan Israel gagal melindungi rakyatnya semasa serangan pada 7 Oktober, tetapi beliau berkata, perkara tersebut akan diatasi 'selepas perang' dan mereka hanya akan meminta maaf kepada mangsa-mangsa perang selepas berakhirnya 'peperangan' itu. - Agensi/ Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!