Penghibur jalanan

A
A
A

Penghibur jalanan, Nasmeruddin Zulkifli, 31, menghiburkan kanak-kanak dengan memakai kostum Spiderman ketika ditemui di Dataran Menara Condong baru-baru ini.

Nasmeruddin atau lebih mesra disapa Ame kehilangan pekerjaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19. Demi meneruskan kelangsungan hidup, Ame membeli kostum berkenaan kira-kira RM100. Enggan mengalah dengan keadaan, Nasmeruddin menjadi penghibur jalanan dengan gelagatnya menarik perhatian kanak-kanak di Dataran Menara Condong.

Kini walaupun dia telah mendapat pekerjaan tetap iaitu di sebuah kilang di Teluk Intan, dia meneruskan aktiviti tersebut untuk menambah pendapatan.

Nasmeruddin tidak meletakkan sebarang kadar dan pengunjung yang mahu bergambar dengannya boleh membayar dengan seikhlas hati.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Derik telaga minyak pertama di Malaysia

No Image Caption
GALERI

Pertandingan Kemahiran Dunia 2024

No Image Caption
GALERI

Pameran Raja Kita

No Image Caption
GALERI

Sukan Olimpik Habib Jewel