Zii Jia juara Terbuka Artik

Zii Jia meraih gelaran sulung dalam tempoh lebih setahun selepas mengungguli Terbuka Arctic, Finland pada Ahad. Foto FB BAM
Zii Jia meraih gelaran sulung dalam tempoh lebih setahun selepas mengungguli Terbuka Arctic, Finland pada Ahad. Foto FB BAM
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN perseorangan profesional, Lee Zii Jia membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu Malaysia setelah menewaskan rakan senegara, Ng Tze Yong untuk muncul juara Terbuka Artik, Finland sebentar tadi.

Kejayaan tersebut diraih setelah pemain kelahiran Kedah itu menundukkan Tze Yong secara straight set pada aksi selama 40 minit dalam saingan yang berlangsung di Vantaa Energia Arena.

Zii Jia mempamerkan aksi bertenaga pada set pertama untuk menang 21-14 dan momentum positif diteruskan pemain berusia 25 tahun itu pada set kedua 21-15 dalam kejohanan yang menawarkan hadiah AS$420,000 (RM1.9 juta) itu.

Tze Yong terpaksa akur tewas 0-2 kepada Zii Jia dalam aksi final Terbuka Arctic, Finland pada Ahad. Foto FB BAM
Tze Yong terpaksa akur tewas 0-2 kepada Zii Jia dalam aksi final Terbuka Arctic, Finland pada Ahad. Foto FB BAM

Zii Jia dan Tze Yong pernah bertemu sebelum ini pada Terbuka Australia Ogos lalu, yang menyaksikan kemenangan memihak kepada Zii Jia.

Sebagai rekod kali terakhir Zii Jia muncul juara adalah pada Terbuka Thailand Mei 2022 selepas menewaskan wakil China, Li Shi Feng.

Artikel Berkaitan: