Timang anak perempuan ke 4: Sabhi Saddi puji hospital kerajaan

Sabhi Saddi
Sabhi Saddi
A
A
A

PENYANYI Sabhi Saddi mengucapkan syukur kerana telah dikurniakan seorang anak perempuan yang keempat pada jam 1.40 pagi tadi. Bayi tersebut diberi nama Sofea Raisha.

Menurut Sabhi yang kini telah menetap di Sabah, isteri dan anak keduanya dalam keadaan baik.

No Image Caption

“Alhamdulilah terima kasih kepada semua yang telah mendoakan isteri saya. Terima kasih juga kepada doktor dan jururawat serta semua kakitangan Hospital Likas kerana menjaga dan membantu sepanjang isteri saya mendapat rawatan di hospital tersebut.

“Walaupun saya dikenali tetapi saya juga menunggu seperti mana orang lain. Layanan yang diberikan terhadap saya dan isteri sangat baik dan mesra. Tetapi ikhlas saya katakan, isteri saya juga terpaksa menunggu untuk mendapatkan bilik dan giliran.

“Saya faham, hospital kerajaan memang ramai pesakit, namun layanan mereka bukan sahaja kepada saya tetapi pesakit, anak dan orang lain juga amat mesra walaupun terlalu sibuk,” ujar Sabhi jujur.

No Image Caption

Tambah Sabhi, pada awalnya dia mahu isteri bersalin di hospital swasta tetapi oleh kerana anak di dalam kandungan tidak bergerak, dia terus mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan isterinya telah ditahan supaya segera bersalin.

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulilah, segalanya berjalan lancar. Saya sangat gembira dan terima seorang lagi bayi perempuan. Insya-ALLAH niat untuk mempunyai seorang anak lelaki itu masih ada, tunggulah dulu, kita bagi jarak lama sikit,” kata Sabhi.

Terdahulu, Sabhi dan isteri telah mempunyai tiga anak iaitu Sofea Reesya, 6, Sofea Rania, 5, dan Sofea Risqa, 2.