Fad Bocey timang cahaya mata kelima

Fad Bocey kini menimang cahaya mata kelima. - Foto: IF Fad Bocey
Fad Bocey kini menimang cahaya mata kelima. - Foto: IF Fad Bocey
A
A
A

PELAWAK dan penyampai radio, Fad Bocey kini menimang cahaya mata kelima.

Berita gembira itu dikongsi Fad menerusi Instagramnya semalam.

“Alhamdulillah, isteri saya Syaheera A Rahman selamat melahirkan baby kelima kami.

“Terima kasih atas doa semua juga ye,” tulisnya.

Bagaimanapun, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fazlie Mohd Nizam, 32, belum mendedahkan jantina, nama dan wajah anak kelima mereka.

“Nanti kami share gambar baby okay,” coretnya. - Sinarplus

Artikel Berkaitan: