Kuan Jian menang Perodua Ativa MR D.I.Y.

Goh (kanan) menghadiahkan Juan Jian replika Ativa yang dimenanginya dalam Peraduan Spend & Win Ulang Tahun ke-18 MR D.I.Y baru- baru ini.
Goh (kanan) menghadiahkan Juan Jian replika Ativa yang dimenanginya dalam Peraduan Spend & Win Ulang Tahun ke-18 MR D.I.Y baru- baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Impian seorang pemilik perniagaan, Ang Kuan Jian untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada kekasihnya menjadi kenyataan apabila beliau memenangi kereta Perodua Ativa yang merupakan hadiah utama Peraduan Spend & Win Ulang Tahun ke-18 MR D.I.Y.

Kuan Jian, 26, dari Setia Alam, Shah Alam, Selangor, membawa pulang sebuah kereta Perodua Ativa 1.0L Turbo X baharu dalam peraduan sempena ulang tahun jenama tersebut.

Hadiah tersebut disampaikan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di bilik pameran Perodua Sentral di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Kuan Jian berkata, dia telah menyertai pelbagai peraduan sebelum ini tetapi tidak pernah menang.

“Saya memang telah lama mengimpikan untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada kekasih saya.

“Model kereta ini adalah salah satu yang ada dalam senarai impian saya. Hari ini, nasib berpihak kepada saya. Saya hampir tidak percaya dan amat gembira atas kemenangan ini! Hadiah ini adalah untuk kekasih saya dan kami tidak sabar untuk memandu kereta ini bersama-sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, peraduan dan promosi berkala adalah salah satu cara MR D.I.Y memberi lebih nilai kepada para pelanggan.

“Melalui peraduan ‘Spend & Win’ yang mudah ini, kami menerima banyak penyertaan dari seluruh Malaysia. Sebagai jenama tempatan, kami sangat berbesar hati dapat menjadikan impian pelanggan kami satu kenyataan sempena ulang tahun ke-18 jenama ini

Artikel Berkaitan:

"Kunjungan Kuan Jian ke MR D.I.Y. telah memberi tuah kemenangan yang selama ini diimpikan. Pada masa akan datang, giliran pelanggan lain pula akan tiba. Kami menanti untuk meraikan lebih banyak acara menggembirakan bersama para pelanggan kelak," tambah Goh.

Goh (tiga dari kanan) bersama pemenang Peraduan Spend & Win Ulang Tahun ke-18 MR D.I.Y dalam satu majlis baru- baru ini.
Goh (tiga dari kanan) bersama pemenang Peraduan Spend & Win Ulang Tahun ke-18 MR D.I.Y dalam satu majlis baru- baru ini.

Peraduan ‘Spend & Win Ulang Tahun ke-18 MR D.I.Y. telah menyaksikan 186 pelanggan bertuah membawa pulang pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM77,000.

Untuk pertama kalinya dalam sejarah jenama ini, ia juga memberikan kepingan emas lima gram edisi terhad MR D.I.Y. kepada lima pemenang hadiah kedua manakala 180 pemenang lain menerima baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM30 setiap seorang sebagai hadiah sagu hati.

Peraduan ‘Spend & Win’ Ulang Tahun ke-18 MR D.I.Y. telah dianjurkan bermula 1 hingga 31 Julai 2023 di semua cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara.

Para pelanggan hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM40 dalam satu resit di MR D.I.Y., imbas kod QR peraduan dan jawab satu soalan mudah untuk menghantar penyertaan.

Senarai pemenang Peraduan ‘Spend & Win’ Ulang Tahun ke-18 MR D.I.Y. boleh didapati di laman Facebook rasmi MR D.I.Y.