Co-opbank sertai Pembersihan Pantai Antarabangsa 2023

Khairil Anuar (dua dari kanan) bersama masyarakat setempat dan kakitangan CBP telah menyertai Pembersihan Pantai Antarabangsa 2023 (ICCMY2023) di Pulau Selakan, Semporna, pada Rabu.
Khairil Anuar (dua dari kanan) bersama masyarakat setempat dan kakitangan CBP telah menyertai Pembersihan Pantai Antarabangsa 2023 (ICCMY2023) di Pulau Selakan, Semporna, pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Bagi menerapkan kesedaran tentang pencemaran ke atas ekosistem marin, Co-opbank Pertama (CBP) bersama masyarakat setempat dan kakitangan CBP menyertai Pembersihan Pantai Antarabangsa 2023 (ICCMY2023) di Pulau Selakan, Semporna pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, ICCMY2023 anjuran Reef Check Malaysia mendapat kerjasama daripada Ecodistrict Association dan Luma’ Selakan Eco Resort bersama penyelaras program, Stylo Events Sdn Bhd.

”Tujuan program bagi menerapkan agenda United Nation dalam Pembangunan Mampan SDG17, iaitu komitmen negara melalui penglibatan sektor korporat dalam program ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir urus).

“Ini bagi memastikan sasaran pengurangan impak pemanasan global yang berada diparas kritikal dan memberi kesan yang sangat signifikan kepada bumi seperti pencemaran, bencana alam dan kemusnahan alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Khairil Anuar (dua dari kanan) menyerahkan plak penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam prorgam Pembersihan Pantai Antarabangsa 2023 (ICCMY2023).
Khairil Anuar (dua dari kanan) menyerahkan plak penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam prorgam Pembersihan Pantai Antarabangsa 2023 (ICCMY2023).

Jelasnya, melalui program seperti ini dapat memupuk kesedaran untuk komuniti prihatin mengenai kepentingan ekosistem alam sekitar dan sosio ekonomi yang menjadi sumber pendapatan masyarakat setempat.

“Sebagai badan korporat yang menyokong agenda negara, CBP akan terus menggembleng tenaga dan usaha untuk menyertai program melibatkan ESG bagi memastikan matlamat kelestarian alam sekitar terjaga dan terpelihara untuk kesinambungan generasi masa hadapan.

“Selain aktiviti pembersihan pantai, CBP juga telah mencipta Seni Dinding Eco-Bricks daripada botol plastik hanyut,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, CBP akan terus menyokong usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di negara ini selari dengan tanggungjawab sosial korporat CBP.