YWM hulur sumbangan laksana Program Multimedia Tahfiz Madani

Ridzwan (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Zulkifli (dua dari kanan) dalam Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.
Ridzwan (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Zulkifli (dua dari kanan) dalam Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menyampaikan sumbangan Dana Tabung Pendidikan YWM-Pinta berjumlah RM219,322.61 kepada Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta).

YWM dalam satu kenyataan berkata, ia bagi pelaksanaan Program Multimedia Tahfiz Madani di pusat tahfiz al-Quran seluruh negara.

Menurutnya, objektif pelaksanaan program itu untuk meningkatkan keupayaan penggunaan teknologi digital dan elektronik dalam institusi tahfiz selaras dengan perkembangan moden.

"Ia juga bagi memastikan sesi pengajaran berjalan dengan lancar dengan bantuan teknologi dan akses kepada sumber pembelajaran yang lebih komprehensif serta meningkatkan kecekapan pengurusan institusi tahfiz.

"Selain itu, mempersiapkan institusi tahfiz di Malaysia bagi penggunaan Pinta Management System (PMS) dengan peralatan yang bersesuaian dan kemahiran ke arah pelaksanaan sistem elektronik," katanya pada Rabu.

Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr Ridzwan Bakar kepada Timbalan Presiden Pinta, Zulkifli Hussain yang disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar merangkap Pengerusi YWM dalam Majlis Perhimpunan Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

YWM menerangkan, sumbangan itu bakal memanfaatkan 20 institusi tahfiz di bawah Pinta yang mana masing-masing akan dibekalkan seunit komputer riba, pencetak pelbagai fungsi, projektor dan skrin layar.

Artikel Berkaitan: