Polis cari pemandu pacuan empat roda lawan arus

Polis sedang mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dirakam memandu secara melawan arus di Dungun pada Selasa.
Polis sedang mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dirakam memandu secara melawan arus di Dungun pada Selasa.
A
A
A

DUNGUN - Polis sedang mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dirakam memandu secara melawan arus di Dungun pada Selasa.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu sempat dirakamkan melalui kamera papan pemuka atau 'dashcam' milik seorang pengguna jalan raya dan kemudian tular di platform media sosial.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di persimpangan kawasan perindustrian Batu Tujuh berhampiran dengan tapak projek pembinaan rel Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Rakaman 'dashcam' itu memaparkan kenderaan pacuan empat roda terbabit keluar dari persimpangan dan memandu secara melawan arus menuju ke arah bandar Paka.

Toyota Hilux berkenaan yang menggunakan laluan bertentangan mengakibatkan kenderaan yang menggunakan laluan terbabit terpaksa mengelak daripada bertembung.

Jelas Maizura, tindakan pemandu kenderaan berkenaan adalah sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pemilik rakaman video terbabit tampil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dungun untuk membantu siasatan.

Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi bilik gerakan IPD Dungun di talian 09 8482222 atau penolong pegawai penyiasat Sarjan Nor Hidayah Kahar di talian 017 5587 538.

Artikel Berkaitan: