Dong Jiao Zong perlu lebih rasional: Mahfuz

Mahfuz bergambar bersama penerima baucer kelengkapan sekolah di Pasaraya Econsave di sini hari ini.
Mahfuz bergambar bersama penerima baucer kelengkapan sekolah di Pasaraya Econsave di sini hari ini.
A
A
A

POKOK SENA - Pertubuhan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) perlu bersikap lebih rasional dengan tidak membangkitkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum lain di negara ini.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, provokasi berterusan daripada kumpulan tersebut terutama membabitkan isu tulisan jawi boleh memecahkan tembok keharmonian kaum di negara ini.

Menurutnya, situasi itu akan memberi peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan terhadap isu yang dibangkitkan.

"Saya menyokong penuh kenyataan Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) ketegasan yang ada sebagai seorang Perdana Menteri, itu yang kita harap dari sudut pihak Dong Zong (Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia) dan pihak lain supaya rasional dalam perkara ini," katanya kepada media selepas Program Sumbangan Komuniti di Pasaraya Econsave Pokok Sena di sini hari ini

Artikel Berkaitan: