Belanjawan 2024: Kerajaan jamin ringankan beban golongan miskin, M40

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan akan sedaya upaya bagi meringankan beban golongan miskin dan susah termasuk M40 menerusi pengumuman Belanjawan 2024 Jumaat ini.

Menerusi hantaran di laman sosial, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedar terdapat pihak yang bimbang kesan pelaksanaan rasionalisasi subsidi akan menyebabkan kos sara hidup mereka meningkat.

"Insya-ALLAH, nantikan pengumuman penting dalam Belanjawan 2024 Jumaat ini," katanya pada Selasa.

Jelas beliau, jawapan di Dewan Rakyat telah menyentuh mengenai jumlah subsidi yang dijangka mencecah RM81 bilion perlu ditanggung kerajaan, antara lain akibat peningkatan kos import bahan makanan yang sedang berlaku di seluruh dunia.

"Justeru, satu dasar baharu dirangka bagi mengurangkan beban kerajaan khususnya menerusi rasionalisasi subsidi dengan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak diberi bantuan, berbanding membiarkan golongan kaya turut menikmati subsidi," katanya.

Artikel Berkaitan: