X

Kindly register in order to view this article
!

Tun M harap urusan perdagangan guna dinar emas jadi realiti

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan sempena majlis penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi cadangannya supaya urusan perdagangan dalam kalangan negara Islam menggunakan dinar emas.

Perdana Menteri berkata, Malaysia amat serius berhubung perkara itu dan berharap dapat mencari mekanisme untuk melaksanakannya.

"Perbincangan kami juga menyentuh subjek mata wang dan cara berdagang.

"Saya mencadangkan untuk meneliti semula langkah memperkenalkan dinar emas dan perdagangan barter antara negara Islam," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Majlis Penutup Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 itu disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menurut Perdana Menteri, fokus utamanya kini adalah berhubung ekonomi, sains, teknologi serta industri pertahanan.

Katanya, aspek paling penting ialah keperluan menghasilkan dan mencipta teknologi baharu.

"Selagi kita bergantung kepada teknologi yang dicipta oleh musuh Islam mereka akan selama-lamanya menguasai dan mengawal usaha kita daripada memperbaiki teknologi dan sistem pertahanan kita khususnya," katanya.

Dr Mahathir berbangga kerana sidang itu berjaya menyaksikan pertukaran 18 instrumen melibatkan pelbagai bidang antaranya hi-teknologi, kerjasama media, pusat kecemerlangan, keselamatan makanan, kepimpinan belia dan pertukaran program.

Katanya lagi, terdapat beberapa lagi usaha yang sedang diusahakan hasil daripada perbincangan semasa sidang ini berlangsung.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!